*SK.
Seri Saujana terletak di
Taman Sri Saujana,Kota Tinggi.Lebih kurang
15km dari pusat bandar
Kota Tinggi.Jaraknya dari pusat Bandaraya Johor Bahru lebih kurang 37km. Sekolah ini mula di
bina pada tahun
2001 dan siap sepenuhnya pada tahun 2003.Pada 1 Januari 2004
(tarikh rasmi penubuhan sekolah), mula menerima pelajar bagi tahun 1
– tahun 5 dengan jumlah pelajar seramai
138 orang.15 orang guru dan seorang pembantu am
rendah telah dibekalkan ke sekolah ini.Bangunan sekolahmempunyai enam blok
yang menempatkan 30
buah bilik darjah dan
lain-lain bilik khas. Bangunan sekolah ini telah menelan kos sebanyak
RM12 juta merangkumi perabot.

* Encik Zainal b.
Sorapi telah dilantik untuk menyandang jawatan
Guru Besar pertama SK.Seri Saujana bagi memimpin seramai 15
orang guru. Namun pada hari ini, sekolah ini telah mempunyai seramai
1347 orang murid,
80 orang guru dan 9
orang staf sokongan.Guru besar sekolah ini pada masa sekarang ialah Encik
Ibrahim b. Mohd
Ali yang merupakan
Guru Besar Cemerlang.
* Di sekolah ini terdapat 2 makmal komputer. Namun demikian hanya sebuah makmal komputer sahaja
yang telah dibekalkan dengan perisian komputer sebanyak 13
buah komputer dan sebuah LCD.Pusat Akses
pula telah dibekalkan dengan 10
buah komputer yang mana Pusat Akses ini terletak di
dalam pusat sumber
(e-ReCeSs) sekolah. Pusat Akses ini boleh digunakan pada bila-bila masa sekalipun.Murid-murid boleh melayari
internet dengan
sendiri di Pusat Akses ini. Di sekolah ini , menggunakan sistem Wifi
daripada Broadband School Net yang mana semua
guru dan murid boleh melayari jalur lebar
internet di seluruh kawasan sekolah.
No comments:
Post a Comment